KONSEP NEGARA BANGSA

 KONSEP NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnia yang diberikan kepada kami sekumpulan untuk menyelesaikan e-folio ini.Tugasan ini sangat mendatangkan impak positif kepada kami dan memberi manfaat yang besar kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman membuat kajian selama melakukan tugasan ini.

Kami sekumpulan merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Encik Lutfhi Bin Amir selaku pensyarah kami kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami selama kami menyiapkan e-folio ini.Dorongan dan sokongan moral dari beliau dan rakan seperjuangan kami telah pun membakar semangat kami untuk terus melakukan terbaik dan menjadi motivasi kepada kami untuk melakukan tugasan ini.

PENGENALAN

Konsep negara dan bangsa menjadi perhatian terutama setelah Perdana Menteri ke 4, Tun Mahathir Muhammad mengemukakannya pada tahun 1991. Takrif negara dan bangsa menurut Kamus Dewan ialah frasa negara merujuk kepada suatu kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan manakala frasa bangsa merujuk kepada suatu kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep negara bangsa dilihat sebagai satu bangsa dengan satu identiti tersendiri.

Konsep negara dan bangsa juga menjurus kepada sebuah negara yang mempunyai tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, perlembagaan dan perundangan yang luhur dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa wujud sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan antara kaum. Elemen yang saling lengkap melengkapi ini akan mengesahkan lagi sistem kuasa dan autoriti sesebuah negara.









KONSEP NEGARA

Negara merujuk kepada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu  dan adanya kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain. Manakala rakyat pula memiliki taraf kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang. Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang mengatur urus tadbir negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.

Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan diiktiraf oelh pihak luar.

Secara ringkasnya, untuk membentuk sebuah negara perlu mempunyai elemen berikut:

i) Penduduk
II) Kerajaan
III)  Wilayah
IV) Kedaulatan

erintahan dan undang 
KONSEP BANGSA

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan darah dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Walaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa. Maka dapat dirimuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.

bagi mencapai konsep negara dan bangsa,ia perlu memenuhi ciri-ciri negara bangsa tersebut.Antara ciri-ciri negara bangsa ialah 
1.kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu padu tanpa berlaku pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain 
2.berpegang kepada satu semangat  kenegaraan yang utuh melalui simbol -simbol keutuhan seperti bendera malaysia ,lagu kebangsaan ,rukun negara dan sebagainya
3.semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu idelologi politik.
4.setiap warganegara mempunyau kepercsyaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan undang negara 

KONSEP DAN MENENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA.......

Sebuah negara bangsa memiliki hanya satu watan yang lahir dalam satu negara,satu kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa ada dijajah minda fizikal.Apabila persekutuan tanah melayu dishtiharkan kemerdakaan pada 31 ogos 1957,apa lahir ialah sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa .Begitu juga setelah persekutuan malaysia terbentuk pada 16 september 1963,apa yang wujud ialah negara malaysia  dan bukannya bangsa malaysia(Abdul Rahman Embong 2001)usaha ke arah mencapai konsep sebenar negara bangsa perlu diberi keutamaan agar peyatuan masih berjalan dan terus diberi perhatian supaya hasrat untuk menjadikan satu bangsa negara hanya mengandungi satu bangsa yang dapat dicapai.

KESIMPULAN 

Sebagai kesimpulan,bagi membina negara bangsa ini,nilai-nilai kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam setiap diri dan sanubari rakyat malaysia tanpa mengira kaum,darjat,dan umur kita bagi memperjuangkan keamanaan dan mencapai matlamat kita sekali gus menjadikan malaysia sebagai negara yang maju.Walaubagaimanapun,terdapat banyak halangan dan cabaran unutk membnetuk negara yang membangun seperti Malaysia sebagai negara bangsa.Oleh itu,semua pihak perlu berserinigari memainkan peranan masing-masing dan terus konsisten bagi memastikan pebentukkan negara bangsa malaysia dapat tercapai dan akan menjadi negara maju.

RUJUKAN

1.Politeknik Malaysia.(2020).Penghayatan etika dan peradaban .
2.https://www.slideshare.net/mobile/rohani1162/1-negara-bangsa-presentation
3.Politeknik Malaysia.Pengajian Malaysia 













  

Comments