KONSEP NEGARA BANGSA
KONSEP NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnia yang diberikan kepada kami sekumpulan untuk menyelesaikan e-folio ini.Tugasan ini sangat mendatangkan impak positif kepada kami dan memberi manfaat yang besar kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman membuat kajian selama melakukan tugasan ini. Kami sekumpulan merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Encik Lutfhi Bin Amir selaku pensyarah kami kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami selama kami menyiapkan e-folio ini.Dorongan dan sokongan moral dari beliau dan rakan seperjuangan kami telah pun membakar semangat kami untuk terus melakukan terbaik dan menjadi motivasi kepada kami untuk melakukan tugasan ini. PENGENALAN Konsep negara dan bangsa menjadi perhatian terutama setelah Perdana Menteri ke 4, Tun Mahathir Muhammad mengemukakannya pada tahun 1991. Takrif negara dan bangsa menurut Kamus Dewan ialah frasa negara merujuk kepada suatu kumpulan ma...